May 16, 2011

Ada Tajuk 10




"Di mana-mana pembunuhan demi pembunuhan diperindah atas nama keamanan!"



"Darah dan Doa",1996.Dipetik daripada
puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara 
Usman Awang,1987:Kuala lumpur

May 11, 2011

Tiada Tajuk 2


Apa khabar pahlawan kiri.
Pengikutmu bertanggak ke pondokku.
Dari mulut mereka  ada bau busuk bosan.
Pandanganku tebar ke seberang sungai mencarimu.
Dari jauh ternampak rancak pencak persilatan kau atur.
Terasa sedikit tempang kakiku.
Seiring deruan angin sungai kemenyanmu ku terhidu.
Terasa sesak sedikit nafasku.
Pokok limau sekangkang tanah kau tebang.
Kayu balak dua pemeluk kau buat arang.
Tapi mana keris sakti yang nak kau asapkan.
Aku bukan apa. 
Cuma bertanya sambil-sambil aku mengisi peluru senapangku.



"Wangi" : Sore 110511- sebelum pulang ke rumah

Ada Tajuk 13

Jangan jadi manusia yang kiri dalam tulisan, kanan dalam kehidupan

"Hujan Pagi" A. Samad Said

Tiada Tajuk 05

kau pun tahu ku takkan bertanya.
tentang rahsia jiwamu.
walau ku tahu kau tahu. 
rahsia perasaan ku.

"wangi" :araikian rajin menulis semula puisi 2009 pada 2011

May 10, 2011

Ada Tajuk 77


"Kau orang muda terlalu cepat menghukum,
terlalu suka menuduh.
Sabar dulu, sehelai halaman kitab tidak menjadikan ulama,
Walaupun kau harus menghunus keris dan memaksa
sekampung manusia memanggilmu demikian.
Hidup perlukan Usia,
Jangan terlalu tahu diwaktu kau belum faham."

"Ceritera yang Kedua Puluh Enam (ii)" dlm. Sajak-Sajak
dari Sejarah Melayu.

September 3, 2010

Tiada Tajuk 56


cinta itu dibawa angin
lalu tergugur dalam jiwa-jiwa
dan kasih yang belum tentu abadi


"wangi" malam april 2010

July 27, 2010

Sekapur Sireh Seceper Bunga



Ya. Setelah 23 tahun, inilah entri pertamaku. Kenapa perlu aku ciptakan Blog? Mungkin kerana aku suka menulis? Aku sendiri tak pasti. Tak mengapalah. Mungkin selepas beberapa ketika -esok, lusa, tulat, atau tahun-tahun mendatang aku akan menemui jawapannya. Apapun, bolehlah aku simpulkan aku akan menulis dalam hal-hal yang aku rajin ingin menulis. Rasanya Blog ini berfungsi sama seperti diari. Tetapi tidak pernah pula aku cuba menulis diari sepanjang hidupku. Yang pernah ku tulis hanyalah ayat-ayat sebari dua yang ketinggalan zaman. Itupun bukanlah secara berkala. Dan bukan semuanya aku suka kongsi untuk tatapan umum-aih. selamat semua,ya!

"Lebah bersarang di rumpun buluh,
 Penuh dengan segala manisan;
Sembah menyusun jari sepuluh,
Sireh bertepak hamba hulurkan"