September 6, 2011

ADA TAJUK 09

"..Kini, seperti juga di masa-masa dahulu, orang Melayu mempunyai keinginan untuk memperkukuhkan hak-hak yang diperuntukkan kepada mereka dan yang dianggap memang milik mereka, tetapi di samping itu mereka juga mahu bersopan-santun, beradap dan bertimbang rasa terhadap hak-hak dan tuntutan orang lain.
dalam sanubari mereka terasa bahawa walau apapun yang mereka buat dan persetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari kekuasaan mereka, dan lama kelamaan mereka tetap kehilangan tanah air mereka sendiri..inilah Dilema Melayu.."


-DILEMA MELAYU. By:The Legendary Tun Dr. Che Det.


Aku salin semula selepas selesai membeli Waffle di kedai.
Ada yang mahu Strawberry dan Coklat
Ada yang mahu Marjerin. titik.
Ada abang kacak mahu madu dan peanut butter
Ada kakak mahu Kaya dan Blueberry.
Aku sendiri mahu coklat dan Peanut Butter. 
Sejenak tadi aku terfikir. Kenapa kakak Waffle tak jual satu atau dua perisa saja?
Senang. Tak perlu dia payah-payah menghafal dan menyalin sudu.
Ini baru perihal citarasa perasa waffel.
Belum lagi hal negara. Alahai. 



SEDAP

September 5, 2011

ADA TAJUK 2


kulihat kuning menjadi pening
kaulihat merah menjadi marah
kuala lumpur jadi kota tragedi 
kisah duka sebuah negeri
wahai! kembalilah keamanan 
aku rindu rakyat berbeza tapi matang
dalam darjah kesantunan tinggi orang timur
dalam kepelbagaian mencari titik kesatuan
kuala lumpur jangan lagi jadi kota tragedi
aku terdengar sayup dari kejauhan
rakyat negeriku
hampir-hampir jadi
separuh fatah. separuh hamas.
saling berbunuhan. 
Kuala Lumpur bukan kota Palestin
kerana kita sudah merdeka.
pada Ogos;
54 tahun yang lalu.



Tapi kita masih bunga. Dari tanah yang sama.


SyazwaniZawawi. Usai menonton peristiwa BERSIH 2.0